KUALA NERUS:Laluan kedua-dua hala di Pantai Seberang Takir atau lebih dikenali dengan Miami Beach akan ditutup jika orang ramai terus berkunjung untuk melihat fenomena ombak besar.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata langkah yang dilakukan itu bagi menggelakkan kesesakan di sepanjang laluan berkenaan serta membahayakan nyawa pengguna jalan raya.
Katanya, setakat ini laluan dari arah Pantai Teluk Ketapang ke jambatan angkat ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula Jumaat hingga Ahad ini.
"Sekiranya malam ini terus berlaku lagi fenomena yang sama seperti semalam dan mungkin membahayakan pengguna jalan raya dan mendatangkan kesesakan teruk, kita akan tutup laluan dari arah muara utara menghala ke arah Bulatan Teluk Ketapang.
"Jalan sini kita dah tutup tapi sebelah sana tu sebab kita tahu orang ramai akan tetap melalui jalan ini untuk melihat fenomena (ombak besar).
"Maknanya dua-dua hala ini kita akan tutup," kata Abdul Rahim.
Beliau berkata selain Pantai Seberang Takir, penutupan jalan turut dilakukan di Pantai Pengkalan Maras, Batu Rakit.
Katanya, setakat ini penutupan dilakukan selama tiga hari bermula Jumaat namun ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa.
Jelasnya, keadaan itu bukan hanya boleh menyebabkan kesesakan jika pengguna memberhentikan kenderaan di bahu jalan tetapi turut berbahaya apabila mereka menghampiri pantai.
Nur Fazlizai Ali
Sat Jan 02 2021
Fenomena ombak besar yang melanda laluan dekat Pantai Teluk Ketapang atau Miami Beach boleh membahayakan pengguna jalan raya. -Facebook
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Gusar dibanjiri pelancong ketika 'spring break', Miami Beach laksana perintah darurat
Pelancong dari seluruh dunia, yang rata-ratanya adalah kumpulan remaja dan penuntut kolej yang sedang dalam cuti musim bunga atau spring break, membanjiri bandaraya ini sejak beberapa hari lalu.
Ombak besar: Tutup laluan 'Miami Beach' jika orang ramai terus berkumpul - Polis
Selain Pantai Seberang Takir, penutupan jalan turut dilakukan di Pantai Pengkalan Maras, Batu Rakit.
Fenomena air pasang besar: Orang ramai dinasihat jauhi 'Miami Beach'
Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai untuk menyaksikan fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir yang lebih terkenal sebagai Miami Beach di Kuala Nerus, Terengganu.